00:00Selanjutnya, kerajaan sedang meneliti pendekatan yang lebih adil dan menyeluruh dalam menentukan kelayakan bantuan serta subsidi rakyat
00:06dengan mengambil kira pendapatan boleh guna bersih dan komitmen sebenar isi rumah berbanding hanya bergantung kepada klasifikasi tradisional B40, M40
00:16dan juga T20.
00:17Menteri Ekonomi Akman Naseh berkata, pendekatan itu dibangunkan berasaskan perbelanjaan asas kehidupan wajar
00:23bagi membolehkan penilaian lebih tepat dibuat terhadap keadaan sebenar sesebuah isi rumah.
00:32Menurut Akman Naseh Ruhuah, pendekatan berkenaan turut mengambil kira realiti krisis global semasa
00:38yang boleh meningkatkan tekanan kos sara hidup rakyat sekiranya berlarutan.
00:43Katanya, kaedah itu mempertimbangkan kos asas kehidupan wajar berdasarkan lokasi tempat tinggal, jumlah tanggungan keluarga
00:50serta komitmen kewangan yang perlu ditanggung oleh isi rumah.
00:54Kita juga mengetengahkan perbincangan mengenai bagaimana melihat keupayaan kehidupan rakyat itu
01:04bukan hanya berteraskan kepada pendapatan semata-mata.
01:08Dan perbincangan ini kita bawakan juga dari segi konsep, dari segi melihat bahawa pendapatan yang ada itu
01:17perlu mengambil kira perbelanjaan asas untuk seseorang itu ataupun seisi rumah meneruskan kehidupan yang wajar.
01:26Mengulas sama ada pendekatan itu akan menggantikan klasifikasi pendekatan sedia ada seperti B40, M40 dan T20.
01:34Akmal Nasroah berkata, tiada keputusan dibuat setakat ini kerana perkara tersebut masih di peringkat perbincangan
01:41selain memerlukan persetujuan kerajaan termasuk kabinet serta majlis tindakan ekonomi negara.
01:48Beliau berkata, pendekatan yang dibincangkan tidak lagi tertumpu kepada pengkelasan kumpulan pendapatan
01:53sebaliknya memberi penengkanan kepada situasi sebenar isi rumah berdasarkan tanggungan dan komitmen masing-masing.
02:00Dia akan menjadi penilaian untuk sisi rumah yang mana sisi rumah itu tidak akan sama dengan komposisi keluarga yang lain
02:14sebab perkiraan itu berdasarkan betul-betul kehidupannya dan komitmen yang perlu ditanggungi
02:20termasuk di mana mereka tinggal, berapa jumlah anak, berapa jumlah yang ada hasil dari segi pendapatan
02:29maka sebab itu ini adalah perbincangan yang melihat kewajaran kehidupan seseorang itu
02:36daripada sudut tanggungan yang memang spesifik untuk keluarga berkenaan.
02:41Tambah beliau, pendekatan tersebut dilihat lebih tepat bagi menggambarkan kemampuan sebenar isi rumah terutama keluarga
02:48di kawasan bandar yang berdepan kos sara hidup dan komitmen lebih tinggi
02:53walaupun berada dalam kelompok pendapatan lebih tinggi.
02:57Menurut beliau, data dan input yang digunakan dalam situasi itu diperoleh menerusi sistem pangkalan data utama iaitu PADU
03:05namun menegaskan ia masih di peringkat perbincangan dan belum dibawa untuk pertimbangan rasmi.
03:10Terima kasih telah menonton!
03:12Terima kasih telah menonton!
Comments