Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Jabatan Perikanan Selangor berjaya menggagalkan dua cubaan pemilikan dan pengambilan anak kerang secara haram menerusi serbuan berasingan di Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Operasi yang dijalankan hasil risikan dan maklumat orang awam itu membawa kepada rampasan guni berisi anak kerang serta peralatan menangkap, sekali gus mencerminkan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan yang menjejaskan sumber perikanan negara.
Transcript
00:00Selanjutnya Jabatan Perikanan, DOF Selangor berjaya menggagalkan dua cubaan pemilikan dan pengambilan anak kerang secara haram dalam serbuan yang berasingan
00:09di Sabah Bernam dan juga Kuala Selangor.
00:11DOF dalam satu kenyataan memaklumkan serbuan adalah hasil risikan dan maklumat terkumpul daripada orang awam.
00:19Katanya operasi pertama dijalankan pada Sabtu di kawasan penempatan di sekitar Sungai Haji Dorani.
00:24Operasi pada tengah hari itu membawa kepada penemuan 13 guni berisi bahan menyerupai pasir hitam yang disyaki anak kerang bersaiz
00:34kurang 4mm.
00:36Bagaimanapun tiada individu tampil mengaku sebagai pemilik ketika pemeriksaan dijalankan.
00:41Kesemua barang rampasan kemudian dibawa ke pusat tahanan kapal Kuala Selangor untuk tunjuan tindakan dan siasatan lanjut.
00:48Dalam operasi berasingan pada hari yang sama, Jabatan Perikanan turut mematahkan kegiatan pengambilan anak kerang di sebuah jeti di pasir
00:56penambang.
00:57Hasil pemeriksaan dapati sebanyak 31 unit tangguk bernilai kira-kira RM930 dirampas selepas ditinggalkan oleh sekumpulan individu yang melarikan diri
01:07sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
01:11Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended