00:00Presiden Rusia Vladimir Putin pulang ke Moskow selepas menamatkan lawatan selama dua hari ke China.
00:06Putin mengadakan perbincangan dengan Presiden China Xi Jinping semasa lawatan rasmi beliau yang disifatkannya sebagai berjaya membuahkan hasil dan amat
00:16intensif.
00:18Pemimpin Rusia itu tiba di Beijing pada selasa malam untuk lawatan ke-25 beliau ke China.
00:24Pada Rabu, kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan bagi memperkukuh hubungan dan menolak apa yang disifatkan mereka sebagai kembali kepada Undang
00:33-Undang Rimba dalam urusan global.
00:36Semasa lawatan Putin, Moskow dan Beijing menandatangani lebih 40 dokumen dalam bidang seperti ekonomi, tenaga, pengangkutan dan kerjasama antarabangsa.
00:45Kedua-dua pemimpin menerima pakai kenyataan bersama mengenai pengukuhan lanjut perkongsian dan memperdalam hubungan antara Rusia dan China
00:55serta deklarasi bersama mengenai pembentukan dunia multipolar dan jenis hubungan antarabangsa yang baharu.
01:02Mereka juga membincangkan perang Iran, menyifatkan serangan ketenteraan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Teheran sebagai tidak sah
01:11selain menentang sekatan unilateral serta perampasan aset oleh negara asing.
01:16Jinping turut menyifatkan lawatan Putin sebagai satu kejayaan dengan menyatakan bahawa perbincangan berkenaan adalah meluas dan menghasilkan hasil yang besar.
01:26Lawatan itu bertepatan dengan ulang tahun ke-25 perjanjian kejiranan baik dan kerjasama mesra antara kedua-dua negara
01:35yang turut dilanjutkan oleh kedua-dua pemimpin.
01:38Perjanjian persahabatan China-Rusia itu ditandatangani pada 2001 oleh Putin dan Presiden China ketika itu, Jiang Zemin.
01:47Putin dan Jinping juga mengistiharkan tahun 2026 dan 2027 sebagai tahun pendidikan Rusia dan China.
01:55Perdagangan antara Rusia dan China mencecah lebih 240 bilion dolar Amerika pada 2023,
02:02meningkat lebih dua kali ganda daripada tahap sebelum perang Ukraine.
02:07China juga menyerap kira-kira 50% daripada ekspor minyak mentah Rusia menurut anggaran 2024-2025.
02:15khusura dan Ashrafah
02:16Terima kasih kerana menonton!
Comments