00:00Dua lelaki maut akibat tertimbus dalam kejadian runtuhan tebing tanah setinggi 2 meter di kawasan anak sungai Ladang Sawit, Jerimbung,
00:09Jeli, Kelantan pada Rabu malam.
00:10Menurut Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Jeli, penolong penguasa bomba Adni Ibrahim, dalam kejadian itu, seorang lagi mangsa terselamat.
00:21Tambah Adni, sepasukan anggota ke lokasi sejurus panggilan kecemasan diterima.
00:26Mangsa dipercayai sedang menjalankan kerja-kerja emas di kawasan berkenaan.
00:32Operasi menyelamat berdepan kesukaran apabila pasukan bomba tidak dapat memasuki kawasan Ladang menggunakan jentera berat berikutan laluan yang sempit.
00:41Dalam operasi mencari dan menyelamat yang dimulakan pada jam 9.20 malam, telah mengesahkan terdapat dua mangsa tertimbus akibat runtuhan
00:49tebing tanah setinggi 2 meter di kawasan tersebut.
00:52Mangsa pertama berjaya ditemukan pada jam 9.25 malam, manakala mangsa kedua ditemui pada jam 11.18 malam.
01:01Kedua-dua mangsa merupakan lelaki berusia lingkungan tiga puluhan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
01:08Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.40 malam.
Comments