00:00Pertubuhan negara-negara pengekspor petrolium OPEC meramalkan permintaan minyak global akan meningkat sebanyak 1.17 juta tong sehari pada 2026
00:11berbanding tahun sebelumnya.
00:13Ramalan ini dibuat dalam laporan pasaran minyak bulanan terbarunya yang dikeluarkan pada Rabu.
00:22Ramalan terbaru itu adalah lebih rendah daripada unjuran terdahulu iaitu 1.38 juta tong sehari.
00:28OPEC turut menjangkakan jumlah keseluruhan permintaan minyak dunia bagi suku kedua tahun 2026 akan mencapai 145.07 juta tong sehari.
00:37Ini lebih rendah berbanding Ramalan sebelum ini sebanyak 105.07 juta tong sehari.
00:42Bagi tahun 2027, OPEC menganggarkan permintaan minyak global akan meningkat sekitar 1.54 juta tong sehari secara tahunan iaitu semakan
00:51naik kira-kira 200 ribu tong sehari daripada unjuran April.
00:54Laporan itu menjangkakan permintaan minyak di negara anggota organisasi kerjasama dan pembangunan ekonomi akan meningkat sekitar 100 ribu tong sehari
01:02pada 2026.
01:03Manakala negara bukan OECD mencatat peningkatan lebih besar sekitar 1.1 juta tong sehari.
01:09Bagi 2027 pula, permintaan minyak di negara OECD dijangka meningkat sebanyak 200 ribu tong sehari manakala negara bukan OECD diunjukkan
01:17mencatat kenaikan sekitar 1.3 juta tong sehari.
Comments