Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Gangguan bekalan elektrik meningkat secara mendadak sepanjang minggu ini dan minggu lepas di seluruh Havana, menyebabkan banyak kawasan bergelap antara 20 hingga 22 jam sehari.
Transcript
00:00Cuba kehabisan sepenuhnya bekalan diesel dan bahan api susulan sekatan AS terhadap kemasukan bahan api ke negara berkenaan.
00:09Gangguan bekalan elektrik meningkat secara mendadak sepanjang minggu ini dan minggu lepas di seluruh ibu negara itu, Havana, menyebabkan banyak
00:17kawasan bergelap sehingga 22 jam sehari.
00:21Situasi itu sekaligus meningkatkan ketegangan di bandar yang sememangnya sudah terbeban dengan masalah kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan.
00:30Rangkaian Grip Nasional kini beroperasi sepenuhnya menggunakan minyak mentah domestik, gas asli dan tenaga boleh berharu.
00:38Menteri Tenaga dan Galian, Vicente Dilau berkata Cuba telah memasang 1,300 MW kuasa solar dalam tempoh dua tahun lepas.
00:48Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kapasiti tersebut menurun akibat ketidakstabilan grid susulan kekurangan bahan api dan turut mengurangkan kecekapan serta hasil
00:59pengeluaran.
01:00Pegawai tertinggi tenaga negara itu menegaskan Cuba tetap meneruskan rundingan untuk mengimport bahan api walaupun berdepan sekatan.
01:09Namun, kenaikan harga minyak global dan kos pengangkutan akibat perang Amerika-Israel dengan Iran merumitkan lagi usaha berkenaan.
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended