Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
KESUMA memperkukuh agenda pekerjaan berkualiti dan pembangunan bakat susulan laporan Bank Dunia yang menekankan kepentingan AI, TVET dan produktiviti bagi meningkatkan pendapatan rakyat.

Transcript
00:00Kementerian Sumber Manusia terus memperkukuh agenda pekerjaan berkualiti dan pembangunan bakat negara sesulan dapatan laporan terbaru Bank Dunia yang menekankan
00:09keperluan Malaysia beralih kepada ekonomi berproduktiviti tinggi bagi meningkatkan pendapatan rakyat.
00:16Laporan Malaysia Economic Monitor April 2026 bertajuk Raising the Ceiling, Raising the Floor, The Jobs Agenda as a Productivity Agenda
00:25yang menyatakan cabaran utama negara kini bukan lagi sekadar mewujudkan peluang pekerjaan tetapi memastikan pekerjaan yang ditawarkan benar-benar sepadan
00:34dengan kemahiran, produktif serta menawarkan pendapatan lebih baik.
00:40Menteri Sumber Manusia Ramakrishnan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, dapatan laporan itu selari dengan komitmen kerajaan untuk membina tenaga
00:48kerja lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi perubahan teknologi termasuk kecerdasan buatan AI.
00:54Menurut beliau, pelaburan dalam AI digitalisasi dan sektor bernilai tinggi perlu disokong ekosistem kemahiran yang lebih responsif kepada keperluan industri.
01:03Katanya laporan Bank Dunia berkenaan mengiktiraf bahawa pembangunan bakat, kesiapsiagaan AI dan penggunaan maklumat pasaran buruh yang tepat memainkan peranan
01:12penting dalam memastikan Malaysia mampu membina tenaga kerja yang lebih berdaya saing.
01:17Oleh itu, sejajar dengan rancangan Malaysia ke-13, kesumah melalui Talent Corp terus memperkukuhkan ekosistem MyMahe termasuk Future Skills Talent
01:27Council, FSTC, penggunaan data critical occupations list, MyCall, serta pelaksanaan AI readiness index, IRI.
01:36Menurut kementerian itu, laporan berkenaan terus mengiktiraf peranan platform MyMahe dan MyCall dalam membantu Malaysia membina ekosistem kemahiran yang dipacu
01:46permintaan industri.
01:48Pada masa yang sama, kesumah terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai laluan kerjaya
01:55masa depan termasuk TVET, STEM, digital dan AI.
01:59Ramana berkata usaha itu bertujuan membantu pelajar membuat pilihan pendidikan dan kerjaya yang lebih tepat sebelum memasuki pasaran kerja.
02:07Tambah beliau, Kementerian itu juga akan terus memperkukuhkan padanan pekerjaan menerusi MyFutureJobs selain meningkatkan keboleh pasaran bakat tempatan supaya lebih
02:18ramai rakyat Malaysia dapat mengakses pekerjaan bernilai tinggi dan berpedapatan yang lebih baik.
02:23Kesumah berkata jawabatan serta agensi di bawah Kementerian itu turut memainkan peran penting dalam memperkukuhkan standar pemburuhan, keselamatan pekerjaan, pembangunan
02:34TVET dan pelindungan sosial bagi memastikan rakyat lebih bersedia menghadapi perubahan struktur ekonomi dan teknologi.
02:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended