00:00Presiden China Xi Jinping memberi isyarat kemajuan dalam rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat ketika sidang kemuncak bersama Presiden Amerika, Donald
00:09Trump bermula di Beijing pada Khamis.
00:12Xi Jinping memuji perkembangan positif dalam rundingan perdagangan antara kedua buah negara pada permulaan sidang kemuncak dua hari itu yang
00:20turut membincangkan perang Iran serta penjualan senjata Amerika kepada Taiwan.
00:27Lawatan Trump ke China dilihat penting susulan penurunan kadar sokongannya akibat pelibatan Amerika di Asia Barat.
00:35Pusingan rundingan terbaru itu bertujuan mengekalkan gencatan perdagangan yang dicapai pada Oktober tahun lalu serta mewujudkan mekanisme bagi menyokong perdagangan
00:45dan pelaburan pada masa depan menurut pegawai yang mengetahui perkara berkenaan.
00:52Turut menyertai Trump dalam lawatan itu ialah sekumpulan ketua pegawai eksekutif yang mahu menyelesaikan isu berkaitan China termasuk Elon Musk
01:00dan ketua pegawai eksekutif NVIDIA, Jensen Huang yang menyertai delegasi pada saat akhir.
01:06Trump sebelum ini menyatakan permintaan pertamanya kepada Xi Jinping adalah supaya China membuka ruang kepada industri Amerika.
01:14Mas, Huang dan ketua pegawai eksekutif Apple, Tim Code Harder ketika sesi pembukaan rundingan antara kedua-dua pemimpin dengan Mas
01:23mengifatkan pertemuan itu sebagai sangat baik ketika meninggalkan Great Hall of the People.
01:28Menurut White House, pertemuan minggu ini akan memberi peluang luas kepada Xi Jinping dan Trump untuk mengadakan perbincangan secara langsung.
01:35Selepas rundingan awal, kedua-dua pemimpin di jadual melawat tapak warisan UNESCO, Temple of Heaven, menghadiri jamuan negara pada Khamis
01:44sebelum menikmati minum petang dan makan tengah hari bersama pada Jumaat.
01:49Terima kasih telah menonton!
Comments