Skip to playerSkip to main content
Ahli akademik Lam Choong Wah berkata Dasar Petroleum Negara 1975 menjadi asas kepada strategi tenaga yang terus membentuk dan melindungi sektor itu hingga hari ini.

Laporan Lanjut:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/05/12/pelan-dasar-minyak-dan-gas-1975-jamin-keselamatan-tenaga-malaysia

Read More:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/05/12/the-1975-blueprint-that-secured-malaysias-energy-security

Free Malaysia Today is an independent, bi-lingual news portal with a focus on Malaysian current affairs.

Subscribe to our channel - http://bit.ly/2Qo08ry
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Check us out at https://www.freemalaysiatoday.com
Follow FMT on Facebook: https://bit.ly/49JJoo5
Follow FMT on Dailymotion: https://bit.ly/2WGITHM
Follow FMT on X: https://bit.ly/48zARSW
Follow FMT on Instagram: https://bit.ly/48Cq76h
Follow FMT on TikTok : https://bit.ly/3uKuQFp
Follow FMT Berita on TikTok: https://bit.ly/48vpnQG
Follow FMT Telegram - https://bit.ly/42VyzMX
Follow FMT LinkedIn - https://bit.ly/42YytEb
Follow FMT Lifestyle on Instagram: https://bit.ly/42WrsUj
Follow FMT on WhatsApp: https://bit.ly/49GMbxW
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Download FMT News App:
Google Play – http://bit.ly/2YSuV46
App Store – https://apple.co/2HNH7gZ
Huawei AppGallery - https://bit.ly/2D2OpNP

#BeritaFMT

Category

🗞
News
Transcript
00:01Pada 1973, krisis minyak global menggegarkan dunia dan memaksa Malaysia memikirkan semula cara negara menguruskan sumber tenaganya.
00:10Perperangan yang berlaku lebih 5,000 km jauhnya antara Israel dan gabungan negara Arab,
00:16menyaksikan pertumbuhan negara-negara pengeksport petrolium Arab atau OPEC menggunakan embargo minyak.
00:23Secara tiba-tiba, harga minyak melonjak empat kali ganda, sekaligus menyebabkan kemelesetan ekonomi dunia.
00:31Pada waktu itu, Malaysia menghasilkan kira-kira 95,000 tong minyak sehari.
00:36Kebanyakannya untuk dieksport memandangkan minyak mentahnya yang rendah sulfur boleh dijual pada harga premium di pasaran antarabangsa.
00:44Pada masa yang sama, penggunaan domestik pula berada pada sekitar 85,000 tong sehari,
00:49dengan sebahagian besarnya diimport dari Timur Tengah dan ditapis di Singapura.
00:55Lam Chung Wah dari Universiti Malaya berkata pemimpin negara ketika itu memahami risiko yang wujud,
01:01tetapi pada masa yang sama turut melihat satu peluang.
01:05Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Hussein Onn, memberitahu Parlimen bahawa kerusi tersebut memberi insentif kepada Malaysia
01:12untuk membangunkan industri berasaskan petrolium sendiri.
01:16Menurut Lam, Hussein berkata kerajaan secara aktif bekerjasama dengan sektor swasta untuk merebut peluang ini.
01:23Apabila krisis berlarutan, Malaysia mula mengalami kekurangan diesel dan kerosin pada tahun 1974.
01:31Namun tahun itu juga menjadi titik perubahan bagi negara.
01:34Ia menyaksikan lahirnya syarikat minyak dan gas nasional Petronas.
01:38Setahun kemudian, dasar petrolium negara di Gubal memberikan Malaysia kawalan terhadap sumbernya,
01:45membolehkan peluasan aktiviti penerokaan serta meletakkan asas kepada pembangunan industri hilirat.
01:52Sebuah pelan indok yang ditawihkan kepada firma Jepun terkenal, Si Itoh,
01:57mengesyorkan kepelbagaian ke dalam gas asli, penapisan minyak, baja dan petrokimia,
02:03sekaligus membentuk sistem tenaga yang lebih berdaya tahan.
02:06Hari ini, daya tahan itu sekali lagi diuji apabila Malaysia berdepan satu lagi krisis tenaga global.
02:13Namun begitu, kebimbangan itu telah reda apabila Petronas mengesahkan bahawa bekalan bahan api di stesen-stesen seluruh negara
02:20adalah mencukupi sekurang-kurangnya sehingga akhir Jun.
02:25Dengan Petronas mengawal keadaan, rezak bahan api semasa Malaysia kekal pada tahap operasi yang stabil
02:31walaupun berdepan ketegangan di Selat Hormos.
02:35Lam berkata, tindak balas Malaysia terhadap kejutan harga minyak 1973 telah mengubah secara dasar
02:41hala tujuh polisi negara.
02:43Apa yang bermula sebagai satu krisis akhirnya menjadi pemangkin kepada strategi tenaga negara
02:49yang terus melindungi Malaysia sehingga hari ini.
02:52Hayri Izzati FMT
Comments

Recommended