00:00Pemandu e-hailing yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Maju Expressway Max pada 23 April lepas disahkan layak menerima
00:08faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso.
00:13Pelindungan itu diberikan di bawah Akta Pekerja GIG Akta 872 bagi memastikan Pekerja GIG terus dilindungi ketika menjalankan aktiviti pekerjaan.
00:24Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Datuk Seri Muhammad Azman Aziz Muhammad berkata, mangsa tersebut layak menerima faedah hilang upaya sementara
00:33bagi tempoh cuti sakit 41 hari berjumlah RM1,230.
00:38Selagi dalam tempoh MC ini kita akan bayar, kita panggil hilang upaya sementara. Jadi rawatan perubatan juga akan ditanggung, peralatan
00:48-peralatan pemulihan saya, kursi roda kita dah serahkan, tongkat, apa-apa keperluan lah alat-alat pemulihan nanti kita akan serahkan.
00:59Dan di samping itu, selepas tamat MC nanti, jemaah doktor akan buat penilaian. Kalau ada hilang upaya kekal, maknanya yang
01:10membawa kepada limitasi pergerakan dan sebagainya, jemaah doktor akan buat penilaian berapakah taksiran.
01:17Menurutnya, perlindungan itu terus terpakai walaupun status caruman mangsa telah tamat kerana mangsa masih aktif menjalankan perkhidmatan e-hailing ketika
01:26insiden berlaku.
01:27Dalam masa sama, beliau memaklumkan Perkeso sedang mempercepatkan usaha pengintegrasian sistem dan menggesa pihak penyedia platform e-hailing segera melengkapkan
01:37proses pendaftaran pekerja serta caruman otomatik 1.25%.
01:42Kita telah adakan perbincangan dengan hampir 14 pemilik platform yang utama di negara ini dan kita sedang melihat bagaimana proses
01:56perintegrasian ini dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat.
01:59Jadi saya cuma ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tujuh penyedia, sebab ini penting ya, yang telah come forward untuk
02:11berkongsi maklumat data.
02:13Sementara itu, bagi mangsa Jailani Sapih 41 tahun, bantuan yang diterima memberi kelegaan dalam menampung perbelanjaan bagi empat orang anaknya
02:22sepanjang tempoh tidak bekerja.
02:24Alhamdulillah, dengan adanya faedah yang diterima daripada pihak Perkeso, dapatlah membantu sedikit sebanyak orang kata perbelanjaan yang bakal dikeluarkan dalam
02:39masa saya tak bekerja ni lah.
Comments