Skip to playerSkip to main content
Akmal Nasrullah memaklumkan bahawa dari sektor perkhidmatan meningkat kepada 2.1 peratus, manakala kos sara hidup pula masih berada dalam julat terkawal tetapi tanda peningkat mula kelihatan. Seperti contoh, harga ikan kembung meningkat 3.9 peratus iaitu daripada RM16.76 sen sekilogram kepada RM17.42 sen sekilogram.

#AWANInews
Transcript
00:00Bagi sektor perkhidmatan pula, indeks harga pengeluaran perkhidmatan meningkat 2.1% pada suku pertama 2026 berbanding 1% pada
00:14suku sebelumnya.
00:16Kenaikan ini dipacu oleh subsektor penginapan serta makanan dan minuman sebanyak 5.7% serta pengangkutan sebanyak 3.8%.
00:30Perkembangan ini memberi isyarat bahawa tekanan kos sudah mula bergerak ke sektor yang lebih hampir dengan pengguna.
00:39Berkait dengan kos sehari hidup, harga bahan makanan masih berada dalam julat yang terkawal tetapi beberapa tanda peningkatan sudah kelihatan.
00:50Untuk tempoh 4 hingga 6 Mei 2026, harga bahan makanan terpilih bergerak dalam julat antara penurunan 2% hingga kenaikan
01:036.7% berbanding minggu sebelumnya.
01:08Harga daging lembu menurun 1.4% daripada RM36.40 sekilogram kepada RM35.88 sekilogram manakala harga ayam standar hampir
01:25tidak berubah pada sekitar RM9.50 hingga RM9.51 sekilogram.
01:32Namun, beberapa item mencatatkan kenaikan.
01:37Harga ikan kembung meningkat 3.9% daripada RM16.76 sekilogram kepada RM17.42 sekilogram.
01:49Udang putih meningkat 1.2% kepada RM32.11 sekilogram.
01:57Sawi meningkat 4% kepada RM7.23 sekilogram.
02:03Manakala santan kelapa segar meningkat 6.7% kepada RM16.88 sekilogram.
Comments

Recommended