Skip to playerSkip to main content
Seorang penuntut kolej didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Selasa atas pertuduhan membunuh pelajar Kolej Poly-Tech MARA, Nurfisya Zulkifly yang mayatnya ditemukan dengan 61 tikaman di Ketereh pada 1 Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779471/berita/semasa/tikam-61-kali-penuntut-kolej-didakwa-bunuh-nurfisya

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #NurfisyaZulkifly #Mahkamah #KotaBharu
Transcript
00:00Seorang penuntut kolej didakwa di Mahkamah Magistrat Kota Baru pada Selasa atas pertuduhan membunuh pelajar Kolej Politek Mara, Nurfishah Zulkifli,
00:10yang mayatnya ditemukan dengan 61 tikaman di Keterih pada 1 Mei lalu.
00:16Tertuduh Muhammad Hazim Muhammad, 19 tahun, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Rais Imran Hamid.
00:25Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nurfishah Zulkifli, 19 tahun, antara jam 11.40 malam pada
00:3530 April lalu hingga 12.20 tengah malam 1 Mei lalu di Jalan Pengkalan Piah, Keterih.
00:42Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi
00:5340 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati.
00:59Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
01:05Kes dikendalikan pengarah pendakwaan Negeri Kelantan Wan Azimah Yaakob dibantu timbalan pendakwa raya Muhammad Nazir Abdullah dan Ahmad Naibil Muhammad
01:15Asri, manakala tertuduh diwakili peguam alias Ibrahim.
01:20Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes dan laporan pakar pada 2 Julai ini.
01:27Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
01:35Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended