Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Operasi SAR giat dijalankan selepas sebuah bot dipercayai membawa pendatang tanpa izin warga Indonesia karam di perairan Pulau Pangkor, dengan 23 mangsa diselamatkan dan 14 lagi masih hilang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Operasi Mencari dan Menyelamat SAR Giat dijalankan selepas sebuah bot dipercayai membawa pendatang tanpa izin warga Indonesia karam di pairan
00:08berhampiran Pulau Pangkor awal pagi Senin.
00:11Pengarah Maritim Perak, Kapten Muhammad Syukri Kotop berkata pihak berkuasa menerima laporan pada jam 5.30 pagi daripada seorang nelayan
00:19tempatan yang menemui beberapa mangsa terapung di laut sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
00:28Menurut beliau, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM kemudian mengaktifkan operasi SAR pada jam 6 pagi dengan mengerahkan aset termasuk KM
00:37Gagah dan Benteng 1203 ke lokasi kejadian.
00:42Katanya operasi turut dibantu pasukan polis marin PPM, polis serta nelayan tempatan.
00:47Menurutnya, sebuah bot nelayan tempatan berjaya menyelamatkan 23 mangsa terdiri daripada 16 lelaki dan 7 wanita yang kesemuanya warga Indonesia.
00:56Mereka kemudian dibawa oleh PPM ke JT Polis Marin Kampung Aceh untuk urusan dokumentasi dan sasatan lanjut.
01:02Sasatan awal mendapati seramai 37 individu dipercayai berada di atas bot berkenaan ketika kejadian berlaku.
01:09Setakat ini, 23 mangsa berjaya diselamatkan manakala 14 lagi masih hilang dan usaha pencarian diteruskan.
01:15Pasukan penyelamat turut menemukan 3 beg berisi pakaian yang dipercayai milik mangsa di kawasan pencarian.
01:21Mohd Syukri berkata semua mangsa yang terselamat diserahkan kepada pihak berkuasa untuk sasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Zairah IP
01:28di Manjung.
01:29Sasatan awal mendapati kumpulan itu dipercayai bertolak dari kisaran Indonesia pada 9 Mei lalu dan menuju ke beberapa destinasi di
01:37Malaysia termasuk Pulau Pinang, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur.
01:40Operasi SAR melibatkan pelbagai aset termasuk kapal tentera laut diraja Malaysia TLDM, KD Sri Indra Sakti, helikopter Fennec TLDM, dua
01:51bot tempur pantas TLDM, pesawat Bombardier CL415 milik APMM serta bot Ronda PPM.
01:59Setakat ini tiada penemuan baru dilaporkan. APMM turut menggesa orang ramai khususnya komuniti maritim supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan mangsa
02:09hilang atau objek mencurigakan yang ditemui di laut.
Comments

Recommended