Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Enam penumpang terakhir dan 19 kru kapal persiaran MV Hondius yang dilanda wabak hantavirus tiba di Eindhoven, Belanda untuk menjalani kuarantin selepas operasi pemindahan melibatkan 94 individu.

Transcript
00:00Enam penumpang terakhir bersama 11 kru kapal persiaran yang dilanda wabak hantar virus selamat tiba di bandar Intouven, Belanda pada
00:08awal pagi selasa.
00:09Dua pesawat yang membawa mereka berlepas dari pulau Tenerife, Spanyol lewat Isnin dalam operasi pemindahan dan penghantaran pulang yang diselaraskan
00:18pihak berkuasa.
00:20Kesemua mereka akan menjalani kuarantin di Belanda sebelum dibenarkan pulang ke negara masing-masing.
00:25Operasi rumit itu menyaksikan seramai 94 individu berjaya dipindahkan dan dihantar pulang 41 hari selepas kapal MV Hondius memulakan pelayaran
00:35dari selatan Argentina dan 9 hari selepas kes pertama jangkitan hantar virus dikesan di atas kapal berkenaan.
00:42Setakat ini, 3 individu dilaporkan meninggal dunia sejak penularan wabak itu bermula membabitkan pasangan warga Belanda serta seorang warga Jerman.
00:49Hantar virus merupakan virus penafasan yang lazimnya disebarkan oleh tikus liar namun dalam kes tertentu ia juga boleh merebak daripada
00:57manusia kepada manusia melalui kontak rapat.
Comments

Recommended