Skip to playerSkip to main content
Menteri Ekonomi memaklumkan juga bahawa momentum pertumbuhan sektor pembuatan terus positiif. Laporan PMI menunjukkan firma pembuatan mula membina kekuatan inventori mereka sendiri. Ini bagi menyesuaikan operasi dengan risiko bekalan dan kos input yang lebih tinggi, tambahnya.

#AWANInews
Transcript
00:00Kita berganjak pula ke sektor pembuatan yang mana momentum pertumbuhan terus positif.
00:08PMI pembuatan SNP Global Malaysia meningkat kepada 51.6 pada April 2026 berbanding 50.7 pada Mac iaitu paras tertinggi
00:22dalam tempoh 4 tahun.
00:24Bacaan melebihi paras 50 menunjukkan aktiviti sektor pembuatan sedang berkembang disokong oleh peningkatan permintaan, aktiviti pengeluaran dan keyakinan firma.
00:40Namun begitu, laporan PMI juga menunjukkan firma pembuatan mula membina stok keselamatan dan berdepan tempoh perhantaran pembekal menjadi lebih panjang.
00:55Jadi mereka membina kekuatan inventory di situ.
00:58Ini bermakna sektor pembuatan masih berkembang tetapi sedang menyesuaikan operasi dengan risiko bekalan dan kos input yang lebih tinggi.
Comments

Recommended