Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Jepun dan Amerika Syarikat menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dalam menangani turun naik pasaran mata wang termasuk campur tangan pertukaran asing bagi menstabilkan yen.
Transcript
00:05Jepun dan Amerika Syarikat menegaskan semula kerjasama rapat dalam menangani pergerakan kadar tukaran asing termasuk campur tangan matawang bagi menstabilkan
00:14pasaran kewangan.
00:16Menteri Kewangan Jepun, Satsuki Katayama berkata, perkara itu dipersetujui dalam pertemuan beliau bersama rakan sejawatnya dari Amerika, Scott Besson, di
00:25Tokyo pada selasa.
00:29Menteri Kewangan Jepun, Satsuki Katayama berkata, kedua-dua negara juga bersetuju untuk terus menyelaras tindakan berkaitan pergerakan pasaran kewangan.
00:51Bagaimanapun beliau enggan mengulas sama ada dasar moneteri Bank of Japan, terut dibincangkan dalam pertemuan itu.
00:59Jepun dipercayai telah membelanjakan hampir 10 triliun yen atau sekitar 63.5 bilion dolar Amerika dalam campur tangan membeli yen
01:07bagi mengkuhkan matawang negara itu yang terus menyusut.
01:11Kejatuhan yen memberi tekanan kepada ekonomi Jepun susulan peningkatan kos import.
01:16Pembuat dasar Jepun dilaporkan berharap sokongan daripada Besson terhadap langkah campur tangan matawang itu dapat membantu memperlahankan kejatuhan yen di
01:25pasaran global.
Comments

Recommended