00:00Syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran terkenal dengan kotak misterinya PopMart.
00:07Milih Malaysia sebagai lokasi memperkenalkan watak Crybaby iaitu yang pertama di asal Tenggara.
00:13Dibawa oleh PopMart Malaysia, pengaruhnya dalam dunia budaya pop diperluaskan
00:19sepenuh pelancaran rasmi siri Crybaby, Crymey and Ocean ke Sunway Piramid bermula Kamis sehingga 24 Mei ini.
00:31Ia juga menampilkan konsep bertemakan lautan yang penuh imajinasi di mana menggabungkan elemen emosi yang sinonim
00:38dengan karakter Crybaby bersama pengalaman runcit interaktif yang direka khas untuk peminat anak patung dan budaya pop modern.
00:47Kehadiran pop-up berskala besar itu juga menjadi satu pencapaian penting buat PopMart Malaysia
00:52selari dengan peningkatan populariti Crybaby di rantau Asia Tenggara.
00:56Sebagai pembuka tirai kepada acara tersebut, sebuah instalasi Influtables Crybaby bersaiz besar
01:03mula dipamerkan di Blue Entrance Sunway Piramid berhampiran Sunway Lagoon bermula Sabtu lalu.
01:09Sebagai sorotan utama acara, PopMart Malaysia akan membawakan artis disebalik karakter Crybaby, Molly ke Malaysia
01:16buat pertama kalinya di mana sesi tanda tangan eksklusif bersama artis itu akan berlangsung pada Sabtu ini.
01:23Syarikat itu berkata sepanjang acara berlangsung, ruang Orange Concourse akan ditransformasikan sepenuhnya
01:30menjadi dunia bertemakan lautan yang diinspirasikan daripada siri terbaru Crybaby.
01:36Katanya pengunjung bukan sahaja boleh mendapatkan pelbagai koleksi eksklusif Crybaby,
01:41malah turut berpeluang menikmati pengalaman interaktif seperti sudut fotografi khas
01:45serta aktiviti menarik lain yang direka untuk memberi pengalaman lebih dekat dengan dunia karakter tersebut.
Comments