Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Dalam hantaran sama, beliau memaklumkan, keteguhan, keberanian dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan dalam melindungi setiap inci perairan negara daripada sebarang ancaman merupakan pengorbanan besar yang jarang disedari, namun menjadi benteng penting bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Transcript
00:00Sementara itu, Perdana Menteri hari ini turut meninjau tahap kesiapsiagaan keselamatan di Pos Dogoton, Pulau Banggi, Sabah.
00:07Anwar berkata Pos Dogoton merupakan antara pos keselamatan hadapan yang strategik di kawasan sempadan perairan Malaysia-Filipina
00:15dan memainkan peranan penting dalam menjaga kedaulatan negara khususnya di utara Sabah.
00:23Katanya pos berkenaan berfungsi mengawal lancaman pencerobohan, penyeludupan serta aktiviti jenayah rentas sempadan.
00:30Sepanjang lawatan itu, Anwar diberi taklimat mengenai pelaksanaan operasi keselamatan di kawasan berkenaan
00:34sebelum dibawa meninjau kawasan kepulauan berhampiran serta pengoperasian sistem radar.
00:39Tegas Anwar, penugasan anggota keselamatan di kawasan terpencil dengan keadaan muka bumi dan cuaca yang mencabar
00:44menuntut ketahanan mental, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pasukan.
00:50Beliau merakamkan penghargaan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia
00:53yang ditugaskan di Pusdogoton atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Comments

Recommended