Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah menjangkakan ketidakstabilan BERSATU susulan pemecatan dan penggantungan pimpinan parti itu, sambil menyifatkannya sebagai parti serpihan yang tidak bertahan lama dari segi relevan politik.
Transcript
00:00Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi melontarkan sindiran tajam terhadap Parti Peribumi Bersatu Malaysia dengan mendakwa beliau sememangnya sudah menjangkakan ketidakstabilan
00:10parti itu, susulan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin utamanya baru-baru ini.
00:17Presiden UMNO itu berkata bersatu yang diasaskan oleh bekas pemimpin UMNO adalah sebuah parti serpihan yang relevan politiknya sememangnya tidak
00:26akan bertahan lama.
00:30Beliau bagaimanapun berkata tidak berniat mencampuri urusan dalaman Bersatu dan hanya mendoakan yang terbaik buat parti itu serta kepimpinannya.
00:39Kata Ahmad Zaid, keadaan sebenar Bersatu akan dapat dilihat dalam masa terdekat.
00:43Timbalan Perdana Menteri itu mengulas kemelut dalaman Bersatu yang baru-baru ini menyaksikan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli
00:50Parlimen dipecat selain beberapa lagi digantung keahlian.
00:54Pada Jumaat, Bersatu memecat dua adun kedah dan menggantung tujuh lagi wakil rakyat atas pelanggaran disiplin.
01:00Mereka yang dipecat ialah adun suka menanti Zawahir Abgani dan adun sungai tiang Abdul Razak Hamis.
01:06Dalam masa sama, Ahmad Zaid berkata UMNO bersedia mengambil kesempatan daripada perpecahan dalam Bersatu dengan membuka peluang untuk menerima semula
01:14bekas ahli yang mahu kembali.
01:16Ketika ditanya sama ada syarat kemasukan semula akan diperketatkan bagi mengelak tindakan lompat parti pada masa depan,
01:22Ahmad Zaid berkata UMNO akan mengekalkan dasar keterbukaan menerusi konsep rumah bangsa.
01:28Terima kasih telah menonton!
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended