00:00Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan UMNO dan Barisan Nasional selesa bekerjasama dengan setiap parti komponen dalam kerajaan perpaduan kerana
00:07semua pihak berkongsi matlamat sama khususnya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.
00:12Beliau selaku timbalan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO berkata keselesaan yang terjalin bukan bermaksud mana-mana pihak bersikap leka
00:19sebaliknya terbina hasil persefahaman kukuh antara parti kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terus dibebani polemik politik.
00:29Menerusi wawancara khas bersama bernama yang disiarkan pada Sabtu semena ulang tahun UMNO ke-80 baru-baru ini, Zahid berpendapat
00:37rakyat jangan dipersulitkan polemik berlarutan setiap masa.
00:41Menurutnya, demi kepentingan rakyat, semua parti dalam kerajaan perpaduan memilih untuk mengetepikan perbezaan dan ketidakselesaan politik bagi memastikan setiap agenda
00:52dijadikan dalam manifesto pilihan rakyat umum ke-15 dilaksana secara berkesan.
00:57Kerajaan memberi keutamaan kepada perkara yang menjadi titik persamaan antara manifesto parti-parti bertanding pada PRU-15 terutama dalam isu
01:07kos sara hidup, pendidikan dan pengangguran.
01:10Jelasnya, sebanyak 47% kandungan manifesto parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan mempunyai persamaan sekaligus menjadi asas kukuh kepada kerjasama
01:20sedia ada.
01:20Datuk Seri Zahid turut menegaskan, semua parti komponen kerajaan perpaduan termasuk DAP menghormati empat tonggak utama yang termaktub dalam perlembagaan
01:30persekutuan iaitu soal agama Islam, raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.
Comments