00:00Intro
00:12Seorang jemaah haji lelaki Malaysia berusia 55 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung di Mekah pada Khamis.
00:22Seorang pelayan bar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrit Air Keroh atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk
00:28sehingga menyebabkan kematian seorang wanita selasa lalu.
00:35Di Mahkamah Magistrit Batu Pahad, seorang pemandu van minta dibicarakan atas pertuduhan memandu secara melulu
00:42sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan selasa lepas.
00:49Dua remaja berusia 19 tahun disambung reman tujuh hari bagi membantu siasatan kematian seorang penuntut kolej yang ditemukan maut
00:56dengan 61 kesan tikaman di Ketereh pada 1 Mei lalu.
01:03Polis mengesahkan tiada unsur buli dalam kejadian seorang murid lelaki tahun 5 yang cedera
01:08selepas terjatuh daripada bumbung garaj basikal di sebuah sekolah rendah di Batu Berendam Laka.
01:17Parti Peribumi Bersatu Malaysia memecat dua ahli Dewan Undangan Negeri dan menggantung lima ahli parlimen.
01:26Semua pemegang MyCard lama tidak diwajibkan untuk menukar kepada MyCard Baharu menjelang pelancarannya pada 1 Jun ini.
01:35Tiga maut termasuk dua warga Singapura selepas Gunung Du Kono meletus di timur Indonesia pada Jumaat.
01:44Polis dipanggil ke sebuah bank di bandar Sinzik di barat Jerman untuk menangani situasi tebusan
01:49di mana pemandu van berperisai yang membawa wang tunai ditahan.
01:56Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat memutuskan tarif global baharu yang diperkenalkan Presiden Donald Trump
02:02tidak sah di sisi undang-undang.
02:10Terima kasih telah menonton!
Comments