Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Langkah itu dilihat dapat membantu usaha Presiden Donald Trump memastikan laluan perkapalan komersial melalui selat strategik berkenaan kembali selamat, ketika ketegangan membabitkan Iran terus memuncak.
Transcript
00:00Arab Saudi dan Kuwait menarik balik sekatan terhadap akses tentera Amerika Syarikat ke pangkalan serta ruang udara mereka.
00:08Sekatan itu sebelum ini dikenakan selepas Washington melancarkan operasi untuk membuka semula selat hormus.
00:16Langkah itu dilihat dapat membantu usaha Presiden Donald Trump memastikan laluan perkapalan komersial melalui selat strategik berkenaan kembali selamat ketika
00:25ketegangan membabitkan Iran terus memuncak.
00:27Pentadbiran Trump dilapor sedang bersedia menyambung semula operasi mengiringi kapal komersial yang melalui selat hormus dengan sokongan tentera laut dan
00:36udara Amerika.
00:37Misi itu dilaporkan dihentikan sementara awal minggu ini selepas beroperasi selama 36 jam.
00:43Perancang Pentagon kini menilai garis masa yang sesuai untuk menyambung semula operasi berkenaan, manakala beberapa pegawai Amerika berkata ia mungkin
00:50dimulakan seawal minggu ini.
00:52Ketegangan serantau meningkat sejak Amerika dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari mencetuskan tindak balas Teheran terhadap Israel
01:00serta sekutu Amerika diteluk selain penutupan selat hormus.
01:04Terima kasih.
01:05Terima kasih.
Comments

Recommended