00:00Yang di Pertuan Agung Sultan Ibrahim berkenan menyaksikan demonstrasi jet pejuang pelbagai peranan generasi kelima Sukhoi Su-57E di lapangan
00:09terbang antarabangsa Zhukovsky, Moskow pada Jumaat.
00:13Demonstrasi itu dikenalikan Sergei Bogdan, juruterbang ujian terkenal Rusia, berusia 64 tahun yang turut menerima gelaran Hero of Russia.
00:25Bogdan yang berkhidmat sebagai juruterbang ujian utama syarikat Sukhoi sejak tahun 2000, merupakan individu penting dalam program pembangunan pesawat tempur
00:33generasi kelima Rusia.
00:35Persembahan udara selama hampir tujuh minit itu mempamerkan keupayaan teknologi ketentuan modern Rusia, termasuk kecanggihan sistem radar serta kemampuan operasi
00:44pelbagai peranan, dimiliki jet pejuang berkenaan.
00:47Seri Paduka Baginda turut diberi taklimat berkaitan spesifikasi dan keupayaan Sukhoi Su-57E selain meluangkan masa melihat ruang dalaman pesawat
00:57itu sejurus ia mendarat selepas demonstrasi udara selesai.
01:01Mengiringi Sultan Ibrahim adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia, Cheong Lun Lai.
01:07Sebelum itu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut timbalan pengarah perkhidmatan Persekutuan bagi kerjasama Ketenteraan Teknikal Rusia, FSMTC, Mikhail Petukov.
01:18Sultan Ibrahim berangkat tiba di Moskow, Rusia pada Rabu lalu atas jemputan khas Kerajaan Persekutuan Rusia sebagai tetamu kehormat sempena
01:26sambutan ulang tahun hari kemenangan yang akan berlangsung pada Sabtu.
Comments