Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, pihak Rusia akan menghentikan semua permusuhan di barisan hadapan dan serangan udara terhadap lokasi penempatan serta kemudahan infrastruktur yang dikaitkan dengan kompleks industri ketenteraan dan angkatan tentera Ukraine sepanjang tempoh gencatan itu.
Transcript
00:00Gencatan senjata dua hari diisytiharkan Rusia sempena sambutan Hari Kemenangan pada 9 Mei mula di Kuatkuasa.
00:08Gencatan senjata itu bermula pada tengah malam Khamis dan akan berlangsung hingga Ahad ketika Ibu Negara Rusia dijadual menganjurkan perarakan
00:17tahunan Hari Kemenangan di Dataran Merah, Moskow pada Sabtu.
00:22Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia, pihak Rusia akan menghentikan semua pemusuhan di barisan hadapan dan serangan udara terhadap lokasi penempatan
00:31serta kemudahan infrastruktur yang dikaitkan dengan kompleks industri ketenteraan dan angkatan tentera Ukraine sepanjang tempoh gencatan itu.
00:39Kenyataan itu menyeru Ukraine mengikuti langkah itu dan memberi amaran, Rusia akan bertindak balas sewajarnya jika gencatan senjata dilanggar atau
00:47sekiranya Ukraine cuba menyerang kawasan dan kemudahan di wilayah Rusia.
00:51Tegas Rusia, pihaknya akan melancarkan serangan peluru berpandu besar-besaran ke atas Kiev jika Ukraine mengganggu sambutan Hari Kemenangan di
00:58Moskow pada Sabtu.
01:00Hari Kemenangan disambut pada 9 Mei di Rusia dan beberapa negara lain termasuk bekas Republik Soviet bagi memperingati kemenangan kesatuan
01:07Soviet ke atas Nazi Jerman dalam Perang Dunia Kedua.
01:10Konflik yang dikenali Rusia sebagai Perang Patriotik Agung.
Comments

Recommended