Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Pelakon terkenal Vijay dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada Sabtu susulan kemenangan besar parti pimpinannya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.
Transcript
00:00Pelakon terkenal, Vijay, dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada Sabtu,
00:05susulan kemenangan besar parti pimpinannya, Tamil Agar Vatry Kalagam, TVK, dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.
00:13Memetik India Today, upacara angkat sumpah itu dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi waktu tempatan,
00:18iaitu 1.30 minit petang waktu Malaysia.
00:23Difahamkan perkara itu dimuktamadkan selepas Vijay mengadakan pertemuan dengan Kabupaten Tamil Nadu, Rajendra Arleka,
00:29di Lok Bavan, Chennai pada Jumaat.
00:31Dalam pertemuan itu, beliau dikatakan menyerahkan surat sokongan daripada 118 ahli Dewan Undangan Negeri,
00:38sekaligus memenuhi angka majoriti minimum dalam Dewan Perhimpunan Tamil Nadu yang mempunyai 234 kerusi.
00:46TVK yang memenangi 108 kerusi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri lalu,
00:51berjaya mengukuhkan kerudukan selepas memperoleh sokongan beberapa parti yang menjadikan TVK,
00:57memiliki keseluruhan 120 adun.
01:00Pemimpin parti Kongres Rahul Gandhi yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri India,
01:05Mendiang Rajiv Gandhi juga, dijangka menghadiri majlis angkat sumpah itu.
01:10Dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, Vijay atau nama sebenar Joseph Vijay Chandrasekhar
01:15mencipta kejutan besar apabila TVK yang pertama kali bertanding berjaya memenangi 108 kerusi,
01:21namun gagal mencapai majoriti mudah.
01:24Keputusan tergantung yang diumumkan pada 4 Mei lalu
01:27mencetuskan rundingan intensif antara parti-parti politik.
Comments

Recommended