Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan operasi pembenihan awan di Sarawak pada 11 dan 12 Mei ini sebagai langkah meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama.
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, MAT Malaysia akan melaksanakan operasi pembenihan awan di Sarawak pada 11 dan 12 Mei ini sebagai langkah
00:07meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama.
00:11MAT Malaysia dalam kenyataan memaklumkan operasi itu akan memberi tumpuan kepada kawasan tadahan empangan bakun, batang air dan murum yang
00:19merupakan sumber penting bekalan air dan penjanaan tenaga hidroelektrik di Sarawak.
00:24Pelaksanaan operasi berkenaan melibatkan kerjasama strategik pelbagai agensi antaranya Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA dan Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM.
00:35Operasi pembenihan awan akan dilaksanakan berdasarkan analisis meteorologi oleh MAT Malaysia dengan mengambil kira faktor kelembapan udara, kestabilan atmosfera serta
00:46corak pergerakan angin bagi memastikan keberkesanan operasi.
00:50Kawasan sasaran dipilih berdasarkan kehadiran awan yang berpotensi untuk proses pembenihan.
Comments

Recommended