00:00Tekanan inflasi di Malaysia dijangka semakin ketara dalam tempoh terdekat, didorong peningkatan kos input dan harga barang yang mula dirasai
00:08merentas hampir semua sektor ekonomi.
00:10Fellow bersekutu kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan, ICOFI, Universiti Utara Malaysia, Prof. Mardia Dr. Irwan Shah, Zainal Abidin berkata,
00:20petunjuk terkini, indeks harga pengeluar meningkat 4.1%, sekaligus memberi isyarat tekanan harga dijangka terus meningkat.
00:30Menurut Irwan Shah, kesan krisis bekalan ke atas beberapa sektor sudah lihat sejak beberapa minggu lepas.
00:36Kalau kita lihat pada ketika ini pun, sebenarnya kalau sebelum ini kita boleh kata beberapa, contohnya beberapa minggu lepas kita
00:47boleh kata ada beberapa sektor yang terkesan.
00:49Tetapi sekarang ini, pada ketika ini, saya fikir hampir semua sektor sudah pun terkesan dari segi peningkatan dalam harga barangan,
00:58terutamanya peniaga dengan kos input yang sudah pun meningkat.
01:03Jadi memang cabaran dari segi menangani inflasi itu, saya fikir akan lebih mencabar dalam beberapa bulan mendatang.
01:17Ujarnya persoalan utama dalam pengurusan ekonomi ketika ini adalah sejauh mana usaha kerajaan dalam melaksanakan rasionalisasi subsidi mampu mengekalkan keseimbangan
01:28antara disiplin fiskal dan kawalan kos sara hidup rakyat.
01:32Cabaran terbesar kini katanya bukan sekadar pada keputusan dasar tetapi pada mekanisme pelaksanaannya.
01:39Katanya kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan termasuk subsidi bersasar RON95, kawalan kuota, penerbatan harga bersubsidi serta penyaluran bantuan tunai kepada
01:51golongan yang memerlukan.
01:52Langkah-langkah ini mencerminkan usaha berterusan untuk memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran tanpa memberi tekanan berlebihan kepada kedudukan fiskal
02:02negara.
02:03Pada masa sama, pendekatan berbeza yang digunakan menunjukkan kerajaan sedang mencari keseimbangan terbaik antara keperluan melindungi rakyat dan memastikan perbelanjaan
02:13negara kekal mampan.
02:15Usaha ini dilihat sebagai sebahagian daripada reformasi struktur yang penting dalam memperkukuh asas ekonomi negara.
Comments