Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Premier Abang Johari gesa peralihan ke ekonomi berasaskan ilmu, inovasi dan modal insan sempena Gawai Dayak; kurangkan kebergantungan sumber asli, perlu keyakinan rakyat untuk tingkat peluang dan daya saing.
Transcript
00:00Sarawak tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sumber asli untuk membangunkan ekonominya.
00:05Sebaliknya akan melangkah ke hadapan dengan membina ekonomi baharu yang berteraskan brain power atau kekuatan intelektual.
00:12Premier Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata, pemusatan baharu ekonomi ini penting memandangkan sumber asli semakin terhad,
00:19manakala ekonomi baharu dunia kini berteraskan ilmu pengetahuan, inovasi dan kekuatan modal insan.
00:25Sarawak sedang melangkah ke hadapan dengan membina sebuah ekonomi baru yang berteraskan ilmu pengetahuan, inovasi dan kekuatan modal insan.
00:43Jika sebelum ini pembangunan banyak bergantung kepada hasil minyak, gas dan sumber semula jadi lain,
00:55kini kita sedang mengorak langkah ke arah ekonomi yang dipacu oleh brain power atau kekuatan intelektual.
01:07Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusannya sempena sambutan Gawai Dayak.
01:12Kata Abang Johari lagi, fokus baharu itu perlu dilaksanakan oleh seluruh rakyat Sarawak dengan penuh keyakinan,
01:18keberanian dan semangat segulai sejalai demi mencapai masa depan yang lebih gemilang.
01:23Transformasi yang sedang kita laksanakan hari ini bukan sekadar mengenai pembangunan ekonomi,
01:32teknologi atau infrastruktur semata-mata,
01:37tetapi juga tentang memperluaskan peluang,
01:41meningkatkan taraf hidup rakyat
01:43dan memastikan setiap warga Sarawak
01:47dapat menikmati kemakmuran yang kita bina bersama.
01:53Dengan kepimpinan yang kukuh
01:56serta semangat perpaduan rakyat yang utuh,
02:00saya yakin Sarawak akan terus muncul
02:03sebagai sebuah wilayah yang progresif
02:07dan berdaya saing di peringkat ASEAN
02:11maupun antarabangsa.
02:13Beliau berkata demikian ketika menyampaikan
02:15perutusannya sepeda sambutan Gawai Dayak 2026.
Comments

Recommended