Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Pakistan dilihat tidak mempunyai keupayaan memberi tekanan untuk Amerika Syarikat dan Israel tunduk bersama merealisasikan keamanan sekali gus menamatkan konflik di Asia Barat

Menurut Penganalisis Antarabangsa, Dr Md Shukri Shuib, ini kerana selaku tuan rumah kepada proses keamanan, Pakistan dilihat berdepan banyak konflik termasuk isu dalaman dan antarabangsa dengan negara jiran seperti India.
Transcript
00:00Pakistan dilihat tidak mempunyai keupayaan memberi tekanan untuk Amerika Syarikat dan Israel tunduk bersama, merealisasikan keamanan sekaligus menamatkan konflik di
00:11Asia Barat.
00:12Menurut penganalisis antarabangsa Dr. Matsyukri Shoib, ini kerana selaku tuan rumah kepada proses keamanan.
00:18Pakistan dilihat berdepan banyak konflik termasuk isu dalaman dan antarabangsa dengan negara jiran seperti India.
00:26Sekarang melihat dalam konteks ini, Pakistan kita melihat memang beri untuk menjadi satu tuan rumah untuk proses keamanan.
00:35Terutama kalau kita lihat Iran itu adalah negara jiran dan mereka berkongsi kepentingan yang sama.
00:44Jadi kalau kita lihat dalam proses itu, Pakistan sendiri pun sedang berhadapan dengan banyak konflik termasuk isu dalaman dan juga
00:54isu antarabangsa melibatkan negara jiran.
00:57Kalau kita tengok hubungan Pakistan, India dan sebagainya pun agak sukar.
01:03Jadi dalam konteks itu, nak menjadi tuan rumah perdamaian ini saya fikir perlu ada satu kuasa untuk menekan.
01:10Jadi dalam konteks itu, Pakistan tidak ada perkara yang boleh memberikan tekanan kepada Zionis dan juga Amerika Syarikat untuk tunduk
01:22dan juga bersama-sama merealisasikan keamanan itu.
01:26Jadi mungkin dunia antarabangsa ini perlu terlibat sama untuk memastikan dan memberikan tekanan.
01:34Dalam pada itu, tambah beliau usaha kearah rundingan masih berdepan pelbagai cabaran diplomatik dan ketidaksepakatan antara kuasa besar.
01:42Ini sekaligus menjadikan tekanan antarabangsa antara faktor penting untuk memastikan pusingan kedua dapat direalisasikan dan tidak terhenti di peringkat awal.
01:52Sehubungan itu, katanya Kesatuan Eropah dan Sekutu-Sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara NATO digesa memainkan peranan lebih tegas terhadap Amerika
02:01Syarikat dalam usaha menamatkan konflik Asia Barat.
02:05Beliau berkata tekanan itu juga penting bagi memastikan proses diplomasi diteruskan sekaligus usaha kearah rundingan damai pusingan kedua antara Amerika
02:15Syarikat dan Iran berjaya.
Comments

Recommended