00:00Krisis tenaga global yang dikaitkan dengan konflik Asia Barat kini mencetuskan gangguan besar dalam industri penerbangan dunia,
00:08memberi tekanan kewangan yang hebat kepada syarikat penerbangan.
00:11Konflik dan gangguan di Silat Hormuz telah menyebabkan harga bahan api jet meningkat hampir dua kali ganda sejak Mac lalu,
00:18sekaligus mencetuskan krisis rantaian bekalan.
00:33Kesan tersebut mula dirasai oleh industri penerbangan, terutamanya di Asia dan Eropah yang sangat bergantung kepada minyak dari Asia Barat.
00:41Dalam masa yang sama, agensi antarabangsa memberi amaran, Eropah mungkin berdepan kekurangan bahan api jet dalam masa beberapa minggu lagi.
00:49Bagi menangani kekurangan bekalan dan peningkatan kos operasi, syarikat penerbangan di seluruh dunia mula mengambil langkah drastik
00:56dengan membatalkan laluan, mengurangkan kapasiti, serta menaikkan harga tiket dan yuran bagasi.
01:03Di Amerika Syarikat, permintaan penumpang yang mencatatkan rekod tertinggi masih tidak mampu melindungi pengendali tempatan.
01:10Syarikat penerbangan tambang rendah kini sedang memohon bantuan kewangan atau bailout yang besar daripada kerajaan persekutuan untuk terus beroperasi.
01:19Faudi berpendapat bantuan kewangan bukanlah penyelesaian terbaik dan keadaan dijangka menjadi lebih buruk bagi syarikat penerbangan serta penumpang sebelum keadaan
01:29kembali pulih.
Comments