Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai kanan polis berhubung video yang dimuat naik di laman Facebook itu, kira-kira 10 pagi Ahad (26 April).
Transcript
00:00Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video tular menerusi media sosial memaparkan tindakan seorang individu lelaki memperlekehkan anggota polis yang
00:11sedang bertugas dalam sekatan jalan raya.
00:14Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusof Mamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai kanan polis berhubung video yang dimuat
00:23naik di laman Facebook itu kira-kira 10 pagi Ahad.
00:29Siasatan awal mendapati individu dalam video berkenaan turut mendakwa dia berjaya melepasi beberapa sekatan jalan raya dengan cara memperdayakan anggota
00:38yang bertugas.
00:39Menurut Muhammad Yusof, kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab, bersifat provokatif serta boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat, disamping menjejaskan imej, reputasi
00:50dan kredibiliti polis.
00:52Susulan kejadian itu, beliau memaklumkan pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Kesiksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi
01:02dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
01:10Tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang cuba memperlekehkan tugas pasukan keselamatan atau menyebabkan kandungan
01:18yang boleh mengganggu ketentraman awam.
01:20Ujannya, sebarang perbuatan yang boleh menjatuhkan kehormatan pasukan keselamatan atau menghakis keyakinan awam terhadap penguatkuasaan undang-undang akan diambil tindakan
01:31tegas tanpa sebarang toleransi.
01:34Sebelum ini, itulah dibidah sosial mengenai penganjuran program Konvoi Lepak Mat Moto Bersama YB yang didakwa dianjurkan Kelab Penyokong Kerajaan
01:43dan Dewan Pemuda Pas Kelantan bermula 5 hingga 7 petang.
01:47Pelbagai warna, minumlah sampai kembung dan roti ni ada 700 butir, makanlah sampai kembung.
Comments

Recommended