Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Perbicaraaan terbuka Atef Najib di Syria mencetuskan ketegangan apabila rakyat Daraa menyuarakan kemarahan terhadapnya di Mahkamah Jenayah Khas.
Transcript
00:00Suasana Mahkamah Jenayah Khas Syria bertukar kecoh seketika apabila orang awam melihat Atif Najib selaku Brigadier General dan sepupu bekas
00:10Presiden Syria yang digulingkan Bashar al-Assad duduk di kandang tertuduh.
00:16Untuk rekod, perbicaraan yang dijalankan pada Ahad merupakan yang pertama dilaksanakan secara terbuka melibatkan rejim terdahulu.
00:31Visual pemberita tempatan Jamil Al-Hassan di platform X memaparkan orang ramai melaungkan slogan Allah Maha Besar serta kecaman terhadap
00:39Atif yang juga bertindak sebagai Ketua Unit Keselamatan Biro Politik Negara.
00:44Difahamkan Atif 66 tahun ditahan pada Januari 2025 merupakan pegawai yang bertanggungjawab menangkap Muawiyah Shasneh berusia 14 tahun kerana menyembuh
00:56lukisan grafiti di dinding sekolah di Dara pada 2011 dan ditahan serta diseksa selama 45 hari bersama rakannya.
01:04Lukisan tersebut tertera perkataan, kini giliran anda doktor, merujuk pada Bashar yang merupakan bekas pengamal perubatan sebelum menggantikan ayahnya Hafiz
01:15Al-Assad selaku Presiden Syria pada 17 Julai 2000.
01:18Tangkapan tersebut menyebabkan orang awam keluar dan mengadakan himpunan secara aman di bandar Dara terhadap takbiran dan pengatkuasa Bashar.
01:27Malah Najib turut didakwa terlibat dengan tangkapan ke atas Hamzah Ali Al-Khatib berusia 13 tahun semasa himpunan tersebut.
01:34Namun pada 29 April 2011, keluarga Hamzah mendapati kanak-kanak tersebut telah terbunuh akibat penderaan semasa dalam tahanan.
01:43Himpunan itu telah menarik orang ramai menentang kerajaan di seluruh negara dan menyebabkan Syria terjerumus dalam perang saudara selama 14
01:51tahun melibatkan tentera Bashar dan Free Syrian Army FSA
01:55yang berjaya membentuk kerajaan interim di bawah Presiden Ahmad Al-Shara pada Disember 2024.
02:05Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended