Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Jelas pihak berkuasa, suspek tidak menyatakan Trump sebagai sasaran, tetapi merujuk secara meluas kepada pegawai pentadbiran.
Transcript
00:00Suspek insiden tembakan ketika majlis makan malam, korresponden White House memberitahu,
00:06sasaran serangan merupakan pegawai daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
00:12Suspek dikenali sebagai Cole Allen membuat kenyataan itu selepas ditahan pihak berkuasa.
00:21Jelas pihak berkuasa suspek tidak menyatakan Trump sebagai sasaran,
00:25tetapi merujuk secara meluas kepada pegawai pentadbiran.
00:28Ketika ini, motif suspek belum disahkan memandangkan siasatan masih dijalankan.
00:33Pada Sabtu, Cole Allen, berusia 31 tahun, dilaporkan memawa senapang patah, pistol serta beberapa bilah pisau
00:42sebelum ditahan ejen perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat dalam kejadian berbalas tembakan.
00:47Seorang ejen perkhidmatan rahsia dilaporkan terkena tembakan dalam insiden itu,
00:52namun terselamat kerana memakai jaket kalis peluru.
00:55Trump selamat tanpa sebarang kecederaan selepas dibawa keluar dengan pantas oleh pasukan keselamatan.
01:01Dalam majlis makan malam itu turut hadir Melania Trump dan Naib Presiden J.D. Vance.
Comments

Recommended