Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Pengurusan jemaah haji bukan sekadar membabitkan pengangkutan semata-mata. Segala maklumat berkaitan perlu diuruskan bagi memastikan setiap proses dapat diselaraskan dengan efisien dan sempurna.

Hilal Azmi dan Essan Yahya sempat menemubual Pengarah Operasi Teknologi Maklumat yang bercerita mengenai cabaran yang mereka hadapi dalam menyediakan infrastruktur dan menyelenggara ekosistem teknologi maklumat Tabung Haji demi kelancaran operasi haji tahun ini.
Transcript
00:00Jadi pengurusan jemaah haji ini bukan sekadar membabitkan pengangkutan semata-mata.
00:04Segala maklumat berkaitan perlu diuruskan untuk memastikan setiap proses dapat diselaraskan dengan efisien dan sempurna.
00:13Untuk laporan lanjut, kita bersama dengan Hilal Azmi yang kini berada di Mekah Al-Mukaramah.
00:21Baik, setakat hari ini lebih 7,000 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Arab Saudi.
00:29Sama ada yang berada di Madinah maupun di Mekah.
00:32Dan di Mekah ini pun telah pun berasuh-asuh hampir setiap hari banyak bas KT-KT yang kumpulan-kumpulan jemaah
00:38itu telah pun mula berada di Mekah
00:40dan telah pun melengkapkan umrah wajib yang pertama mereka.
00:44Tetapi hari ini saya nak berkongsikan tentang satu perkara iaitu tentang teknologi maklumat ataupun IT.
00:50Sebab tadi kami sempat, saya dan Isra sempat bertemu dengan pengarah operasi teknologi maklumat, Saudara Samso Kamal.
00:56Bercerita tentang operasi back-end.
00:58Dia sebalik tabir teknologi maklumat yang dikendalikan oleh tabung haji.
01:04Sebab apa? Kita tahulah, ada lebih 30,000 jemaah Malaysia yang akan tiba di Arab Saudi untuk mengerjakan haji
01:11dan pastinya ada banyak perkara yang perlu diuruskan maklumat mereka.
01:16bermula daripada visa haji, tiket penerbangan, pengangkutan darat, pengangkutan lokal di sini termasuk juga dengan penempatan penginapan mereka.
01:31Kesemua maklumat itu perlu diuruskan dan perlu dikendalikan dengan cermat dan tepat supaya pergerakan jemaah ini tidak terganggu dan tidak
01:41tersekat.
01:41itu yang paling penting. Tetapi pada masa sama, beliau turut berkongsikan ada cabaran yang tersendiri yang perlu mereka lalui bagi
01:50memastikan kelancaran operasi back-end teknologi maklumat tabung haji.
01:56cabaran IT selalunya kami adalah yang pertama sampai di Tanah Suci dan yang last sekali balik.
02:03Jadi selalunya IT akan ada di sini lebih daripada 60 hari, lebih dari 2 bulan dan situ ada satu cabaran
02:14utama.
02:14dan keduanya kami, masa yang kami ada untuk syarat semua ini amat singkat lah.
02:22Sebab kami datang bergantung kepada pelepasan daripada Arab Saudi juga.
02:28Sebab bila Arab Saudi beri pelepasan baru kami boleh datang.
02:31Selalunya dalam seminggu sebelum jemaah.
02:34Jadi seminggu itu persiapan itu memang amat suntuk juga.
02:38Tapi kami Alhamdulillah tahun ini kami dapat sediakan.
02:41Dan cabaran kedua untuk tahun ini kita ada beberapa bangunan baru di Mekah dan di Madinah.
02:49Di mana tim IT kena membuat persiapan lebih daripada biasa.
02:55Macam tahun-tahun sebelum ini bangunan dah ada, persiapan itu dah ada cuma kita nak kena pastikan sistem itu boleh
03:03berjalan.
03:04Pastinya pengurusan data raya ini memerlukan fokus dan juga ketelitian yang mendalam.
03:10Terutamanya kepada semua petugas-petugas teknologi maklumat tabung haji yang turut sama bertugas sama ada di dalam negara maupun di
03:18Arab Saudi ini sendiri.
03:19Dan saya difahamkan mereka bekerjasama dan juga setiap stand by 24 jam sehari untuk memastikan kelancaran operasi dan maklumat ini
03:28berada dalam keadaan real time.
03:31Supaya dapat dilaporkan kepada kesemua petugas yang sedang bertugas di lapangan dan juga mereka yang sedang memantau di peringkat ketinggi
03:40kerajaan.
03:41Jadi apa yang boleh saya katakan pengoperasian ini amat penting terutamanya menjelang kemuncak haji iaitu pada hari Arafah nanti kerana
03:51pergerakan itu berlaku lebih besar dan sifatnya serentak.
03:55Itu yang paling kita takut tapi itu juga yang paling kita pastikan ianya berjalan dengan lancar dan kita minta doa
04:03rakyat Malaysia supaya semua operasi ini dapat berjalan dengan lancar dan kesemua jemaah haji Malaysia berjaya menjalankan ibadah mereka dengan
04:13mendapat haji yang mamrus.
04:14Sekian saja dulu laporan saya Hilal Azmi bersama dengan Ehsan Yahya dari Mekah Al-Mukarramah untuk Astro Awani.
Comments

Recommended