00:00Bersatu tidak rancang menerima kembali ahlinya yang dipecat atau digantung setakat ini, seperti pendekatan UMNO melalui gagasan rumah bangsa.
00:10Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak timbul isu berkaitan penerimaan semula tanpa syarat, memandangkan keputusan disiplin yang diputuskan masih
00:21kekal berkuatkuasa.
00:25Kita tak boleh banding dengan UMNO lah, pasal mereka yang telah melakukan kesalahan yang menyebabkan pihak lembaga disiplin mengambil tindakan,
00:37baru sahaja kesan daripada tindakan itu belum terasa lagi.
01:04Jelas Muhyiddin bersatu sebagai komponen perikatan nasional juga tidak akan mudah menerima mana-mana parti, termasuk
01:11parti yang ingin ditubuhkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, jika terdapat rancangan menyertai gabungan berkenaan.
01:18Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, bersatu mencadang mengekalkan jumlah kerusi bagi Dewan Undangan Negeri di Melaka pada pilihan raya negeri
01:27akan datang.
01:28Beliau terus mengesahkan kemelut yang melanda bersatu di negeri dan kawasan yang terbabit pemecatan serta peletakan jawatan pemimpin parti.
01:36Di peringkat akar umbi, kini pulih sepenuhnya hasil tindakan bijak kepimpinan pusat.
Comments