00:00Presiden Perancis Emmanuel Mahon menyifatkan insiden tembakan berhampiran majlis makan malam di White House di Washington sebagai tidak boleh diterima.
00:11Menerusi hantaran DX pada ahad, Mahon menegaskan keganasan tidak mempunyai tempat dalam sistem demokrasi,
00:17serta menzahirkan sokongan penuh terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
00:22Trump dan isteri Melania Trump dikejarkan keluar dari majlis makan malam itu pada Sabtu malam selepas seorang lelaki melepaskan tembakan
00:31ke arah anggota keselamatan di kawasan berhampiran.
00:34Menurut laporan, suspek melepaskan tembakan menggunakan senapang patah ke arah seorang ejen perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat di pus pemeriksaan di
00:43Hotel Washington Hilton sebelum berjaya ditahan dan ditangkap.
00:46Dalam satu sidang media khas di White House, Trump memaklumkan ejen berkenaan terselamat hasil pemakaian jaket kalis peluru dan berada
00:55dalam keadaan baik.
00:56Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Trump merupakan sasaran utama serangan tersebut, namun beliau percaya dirinya menjadi sasaran.
Comments