00:00Jago berbaskal track negara, Dato' Azizul Hasni Awang meraih pingat gangsa dalam acara pecut pada kejohanan Piala Dunia Track di
00:09Velodrome Nasional Nilai pada petang Ahad.
00:12Beliau menewaskan atlet neutral individu Nikita Kerasaf dalam aksi penentuan tempat ketiga menerusi dua perlombaan berturut-turut.
00:20Pemenang pingat perak sukan Olimpik 2020 itu terlebih dahulu mempamerkan kayuhan meyakinkan apabila menewaskan Huang Ruiting dari China.
00:29Azizul Hasni kemudian meneruskan rentak cemerlang dengan menyingkirkan Dominic Tompinka dari Republic Czech pada suku akhir.
00:37Kemaraan The Pocket Rocketman bagaimanapun terhenti dalam saingan separuh akhir selepas tewas kepada Nicholas Powell dari Trinidad and Tobago.
00:47Sepanjang tiga perlombaan itu, Azizul Hasni memenangi perlombaan pertama namun Powell bangkit menguasai perlombaan kedua sebelum memastikan kemenangan pada aksi
00:57penentuan untuk marah ke final.
00:59Terima kasih telah menonton!
01:03Terima kasih telah menonton!
Comments