00:00Seterusnya, sebuah mahkamah jenayah khas untuk mengadili individu yang dikaitkan dengan rejim bekas Presiden Syria Bashar al-Assad kini ditubuhkan,
00:08membuka laluan kepada perbicaraan yang dijangka bermula dalam masa terdekat.
00:12Kementerian Kehakiman Syria dalam kenyataan semalam memaklumkan,
00:16mahkamah itu berperanan untuk memastikan keadilan ditegakkan sepanjang tempoh peralihan daripada pemerintahan lama kepada kerajaan baru.
00:27Sebuah video turut memamparkan Menteri Undang-Undang Syria Mahzah Abdul Rahman Al-Waiz dan delegasi kementeriannya melawat sebuah bilik bicara
00:35di mahkamah tersebut.
00:37Dalam lawatan itu, Al-Waiz berpendapat mahkamah tersebut bakal menyaksikan perbicaraan terhadap golongan yang bertanggungjawab terhadap panggaran jenayah kemanusiaan yang
00:45dilakukan rejim terdahulu.
00:47Bagaimanapun, tarif perbicaraan masih belum ditetapkan.
00:50Media dimalumkan, beberapa individu telah dikenalpasti dan dikemukakan sebagai plentif dalam kes terhadap bekas-bekas jeneral rejim terdahulu.
00:58Untuk rekod sejak penubuhan kerajaan baru di bawah pimpinan Presiden Intrim Ahmad Al-Syarah pada Disember 2024,
01:06usaha menjejaki individu yang terlibat dalam jenayah perang giat dilaksanakan.
01:09Pada 24 April, seorang individu bernama Amjad Yusof telah ditahan di Al-Ghab di Hama.
01:15Difahamkan, beliau merupakan dalang tragedi Tadamon yang mengorbankan hampir 288 orang awam pada 2013.
01:22Menurut pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB, sekurang-kurangnya 350,000 kematian telah disahkan sejak konflik disirah bermula pada 2011.
01:31Namun, angka sebenar dipercaya jauh lebih tinggi kerana banyak kes tidak dapat didokumentasikan secara rasmi.
01:40Terima kasih kerana menonton!
Comments