00:00Kerajaan menyalurkan peruntukan awal sebanyak RM500,000 bagi memperkasakan penganjuran pelbagai kegiatan dan program komuniti sih di seluruh negara.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dana tersebut bertujuan memastikan kelangsungan sambutan kebudayaan dan program kemasyarakat komuniti itu dapat
00:19dijalankan dengan lebih efisien.
00:24Menurut beliau peruntukan yang disalurkan untuk menunjukkan penghargaan kerajaan itu akan diselaraskan oleh Menteri Digital Gobind Singh Dio.
00:49Beliau berkata demikian ketika berucap pada Festival Vaisaki 2026 di Pusat Pelancongan Malaysia pada Sabtu yang turut dihadiri Gobind dan
00:58beberapa pemimpin komuniti sih.
00:59Anwar berkata keunikan budaya dan tradisi pelbagai kaum sebagai tunjang kekuatan negara perlu dipertahankan.
01:07Katanya semangat kebersamaan dan keadilan yang diamalkan oleh komuniti sih telah lama memainkan peranan penting dalam fabrik sosial Malaysia.
01:15Anwar turut menzahirkan penghargaan peribadinya terhadap komuniti sih yang sentiasa memberi sokongan sepanjang kerjaya politiknya termasuk ketika beliau melalui fasa
01:25sukar.
Comments