Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Iran mengumumkan pembukaan semula sebahagian ruang udara dan lapangan terbang, dengan operasi penerbangan dipulihkan secara berperingkat susulan gencatan senjata dalam konflik serantau.
Transcript
00:00Iran umum pembukaan semula sebahagian ruang udaranya serta beberapa lapangan terbang.
00:06Menurut pihak berkuasa penerbangan awam Iran, penerbangan antarabangsa kini dibenarkan untuk transit melalui bahagian timur ruang udara negara itu.
00:16Perkembangan itu menandakan permulaan pemulihan operasi penerbangan selepas ketegangan konflik di rantau tersebut.
00:22Operasi di lapangan terbang di seluruh negara akan dipulihkan secara berperingkat berdasarkan kesediaan teknikal dan keselamatan melibatkan pihak berkuasa tentera
00:31dan awam.
00:32Langkah ini diambil bagi membolehkan perkhidmatan penumpang disambung semula secara teratur kepada orang ramai.
00:39Iran sebelum ini menutup seluruh ruang udaranya susulan laporan serangan Israel ke atas wilayahnya.
00:45Situasi bagaimanapun mula reda selepas kencatan senjata dilaksanakan pada 8 April dengan Pakistan bertindak sebagai pengantara.
00:54Washington dan Teheran juga dilaporkan berbincang bagi mencari penyelesaian ramai dengan usaha meneruskan rundingan masih berjalan.
01:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended