Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menurut penganalisis, sejarah politik Amerika Syarikat menunjukkan kecenderungan negara itu terlibat dalam konflik ketika menghampiri musim pilihan raya
Transcript
00:00Konflik di rantau Asia Barat berkemungkinan sebahagian daripada strategi politik domestik di Amerika Syarikat menjelang pilihan raya pertengahan penggal pada
00:09November.
00:10Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof. Madia Dr. Shazza Farhana Mohamad Syukri berkata,
00:17sejarah politik Amerika Syarikat menunjukkan kecenderungan negara itu terlibat dalam konflik ketika menghampiri musim pilihan raya.
00:27Jelas beliau strategi ini disebutkan sebagai kesan rallying around the flag iaitu lonjakan sokongan rakyat terhadap kerajaan ketika situasi krisis.
00:36Amerika juga akan ada pilihan raya atau kita panggil midterm election November tahun ini dan kalau kita lihat sejarah Amerika,
00:46biasanyalah apabila akan ada pilihan raya pertengahan terma ini memang ada likelihood untuk Amerika terjebak dalam konflik atau perperangan seperti
01:01yang saya sebutkan.
01:02ia membantu sebuah kerajaan dalam rallying around the flag tadi.
01:07Namun kini kedudukan populis Trump mungkin terjejas kerana beliau sebelum ini mendapat mandat daripada kempen yang berpendirian Amerika Syarikat tidak
01:15akan terlibat dalam konflik Asia Barat tanpa kepentingan nasional.
01:19Sebab itulah yang kita lihat pergolakan yang berlaku dalam Amerika Syarikat sendiri apabila perang ini berlaku, harga minyak naik, semua
01:27ini adalah kata the opposite of apa yang telah dia janjikan semasa berkempen pada tahun 2024.
01:34Tambah Syaza, konflik Asia Barat turut memperlihatkan jurang yang semakin melibar antara Amerika Syarikat dan sekutu tradisional di Eropah, khususnya
01:43dalam kerangka NATO.
01:44Menurutnya, dunia kini bergerak ke arah corak multipolar di mana kebanyakan negara cuba mengimbangi sekutu kuasa besar seperti Amerika Syarikat
01:52dan China.
Comments

Recommended