Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dalam kenyataan berkata pengadu mendakwa kandungan video tersebut merupakan fitnah kerana mengandungi tuduhan rasuah serta penggunaan imuniti istana yang dilihat sengaja dibuat bagi menjejaskan imej MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Transcript
00:00Polis menerima satu laporan berhubung dawaan fitnah terhadap Majlis Agama Islam Selangor Maes yang tular di media sosial.
00:07Ketua Polis Selangor, Dato' Syazli Kaha berkata laporan itu diterima kira-kira petang Khamis melibatkan satu rakaman video TikTok oleh
00:14pemilik akaun Rizwan Ikhlas di platform IPKTV.
00:21Katanya pengadu mendakwa kandungan video tersebut merupakan fitnah kerana mengandungi tuduhan rasuah serta penggunaan imuniti istana yang dilihat sengaja dibuat
00:30bagi menjejaskan imej Maes dan Jabatan Agama Islam Selangor Jaiz.
00:34Sejurus laporan, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Kesiksaan, Seksyen 504 Kanun Kesiksaan serta Seksyen 233 Akta
00:44Komunikasi dan Multimedia 1998.
00:47Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan secara adil serta tidak membuat sebarang spekulasi dan
00:55komen yang boleh menggugat keharmonian dan ketentraman awam.
00:59Pada istin lalu, tular sebuah video di TikTok yang mendakwa berlaku salah urus melibatkan Maes dalam projek pembinaan sebuah masjid
01:06di Subang Jaya.
01:08Hantaran tersebut turut mengaitkan Maes dengan penggunaan imuniti istana serta unsur rasuah sehingga menyebabkan pembayaran tidak diselesaikan.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended