00:00Seorang lelaki memilih untuk tidak menerima sebarang sumbangan daripada orang ramai,
00:04susulan video tular memaparkan kesulitan yang dialami selepas motosikalnya rosak
00:09di Kuala Lumpur baru-baru ini tular di media sosial.
00:12Individu dikenali sebagai Diki Yao turut tersentuh dengan keperhatinan masyarakat
00:17yang tampil menawarkan bantuan selepas melihat situasi dihadapinya.
00:21Bapa tunggal itu memaklumkan motosikalnya kini sudah dibaik pulih
00:25selepas mendapat bantuan daripada pemilik akaun Facebook Minyak Hitam Jalanan Original.
00:30Jelasnya lagi, sumbangan diterima akan dihulurkan kepada mekanik terbabit
00:34yang dikenali atas usaha membantu ramai penunggang motosikal
00:37yang terkandas akibat kerusakan kenderaan, terutama tengah malam.
00:41Terdahulu menerusi perkongsian Minyak Hitam Jalanan Original,
00:45dia awalnya menerima panggilan daripada Diki sekitar jam 12.30 malam
00:49yang meminta bantuan membaiki motosikal.
00:51Katanya, kos pembaikan alat ganti iaitu rantai dan gegancu atau sproket
00:56serta upah bernilai RM145.
00:59Video tular tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi warganet
01:03hingga menerima penontonan sebanyak 6.9 juta
01:07dengan lebih 394,000 tanda suka dan 30,600 komen.
Comments