Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Segala persiapan telah dilaksanakan secara menyeluruh agar jemaah dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah tanpa gangguan sepanjang tempoh di Madinah dan Mekah.
Transcript
00:00Pertemu kembali seramai 284 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah sebagai kumpulan pertama KT-01
00:08bagi musim haji 1447 hijrah sekaligus menandakan permulaan rasmi operasi haji tahun ini.
00:16Jemaah KT-01 tiba di lapangan terbang antarabangsa Putera Muhammad bin Abdul Aziz
00:20pada jam 8.21 pagi waktu tempatan dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050.
00:30Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Dato' Said Muhammad Bakri Said Abdul Rahman menyambut ketibaan jemaah di Hotel Amaroyal pada
00:379.45 pagi.
00:40Jelasnya segala persiapan telah dilaksanakan secara menyeluruh agar jemaah dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah
00:47tanpa gangguan sepanjang tempoh di Madinah dan Mekah.
00:51Petugas tabung haji komited memastikan setiap jemaah bukan sahaja selesa dari segi kebajikan malah dibimbing untuk mencapai haji yang mabruk.
01:00Dalam hari itu beliau turut mengingatkan para jemaah supaya menjaga kesihatan dan mematuhi segala panduan dan arahan yang ditetapkan sepanjang
01:08berada di Tanah Suci.
01:10Sepanjang enam hari di Madinah para jemaah akan mengikuti program yang telah disusun termasuk ziarah ke Masjid Nabawi,
01:17Makam Rasulullah, Raudah serta lokasi bersejarah di sekitar kota suci itu.
01:22Sementara itu, dua lagi kumpulan jemaah haji Malaysia dijadual tiba pada hari sama.
01:27Operasi haji 1447 hijrah dijangka membawa seramai 31,600 jemaah Malaysia secara berperingkat ke Madinah dan Mekah menerusi 100 penerbangan
01:38sewa khas.
01:39Terima kasih.
01:42Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended