Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Polis sedang menyiasat sama ada insiden itu disengajakan dan sama ada dadah, alkohol atau kelajuan menjadi faktor.
Transcript
00:00Seorang maut selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan perjalan kaki di luar tapak acara Melbourne Showgrounds pada Sabtu.
00:07Menurut polis Victoria, insiden menyebabkan seorang lagi cedera parah.
00:12Katanya kereta tersebut menaiki pembahagi jalan sebelum melanggar dua perjalan kaki.
00:17Polis masih sedang mengenal pasti identiti mangsa yang maut, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital.
00:24Kata polis, suspek yang dilaporkan berusia 33 tahun telah ditahan dan akan disoal siasat.
00:31Polis juga sedang menyiasat sama ada insiden itu disengajakan dan sama ada dadah, alkohol atau kelajuan menjadi faktor.
00:39Insiden berlaku ketika acara Supernova Comic Con and Gaming sedang berlangsung di tapak acara tersebut.
Comments

Recommended