00:00Satu konvoi kapal tangki minyak dilaporkan meninggalkan teluk dan melintas selat horbus pada Sabtu.
00:08Menurut data Marine Traffic, pergerakan itu menjadi tanda awal pemulihan aliran perkapalan di laluan strategik tersebut selepas beberapa minggu gangguan
00:18akibat konflik di Asia Barat.
00:20Data pengesanan kapal menunjukkan konvoi itu melibatkan empat kapal pengangkut gas petrolium tercair LPG serta beberapa kapal tangki produk minyak
00:32dan bahan kimia.
00:33Kapal-kapal perkenaan dikesan melalui perairan Iran berhampiran selat Pulau Larak dengan beberapa lagi kapal menyusul dari teluk.
00:41Pergerakan itu menjadi pertama sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan konflik terhadap Iran tiga minggu lalu yang sebelum ini menyebabkan
00:51gangguan terhadap laluan perkapalan utama dunia.
00:55Sebarang pergerakan di rantau itu sering menjadi petunjuk kepada kestabilan pasaran tenaga global di mana selat Hormuz merupakan antara laluan
01:03paling penting di dunia bagi penghantaran minyak dan gas.
Comments