Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
IRGC mendakwa Selat Hormuz kembali ke “keadaan asal” dan kini berada di bawah kawalan ketat tentera Iran susulan tindakan sekatan berterusan Amerika Syarikat terhadap pelabuhan negara itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ini kenyataan tegas Iran. Jangan bimbang dengan selat hormus, kembali tenang.
00:06Untuk tenangkan selat hormus, ia berada di bawah kawalan ketat Angkatan Tentera Iran.
00:13Korp Pegawai Revolusi Islam Iran IRGC menyatakan selepas tindakan susulan Amerika Syarikat
00:20yang mahu menyekat pelabuhan dan pergerakan maritim di Iran.
00:25Dalam kenyataan yang dipetik oleh penyiaran Republik Islam Iran, IRGC menuduh Amerika Syarikat
00:31meneruskan tindakan yang disifatkan sebagai lanun dan merompak maritim.
00:38IRGC menegaskan alasan dikemukakan oleh Amerika Syarikat sebagai tidak sah.
00:44Sebagai tindak balas, kawalan terhadap selat hormus telah diperketatkan
00:49dan kini diurus sepenuhnya oleh pasukan tentera Iran.
00:52Menurut IRGC, status itu kekal sehingga Amerika Syarikat menarik balik cubaan
00:58menyekat kebebasan kapal yang mengangkut minyak mentah untuk diagihkan kepada dunia.
Comments

Recommended