Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pemuda Gagasan Rakyat buat laporan polis terhadap hantaran media sosial didakwa memfitnah Ketua Menteri Sabah berkait Pulau Sebatik.
Transcript
00:00Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat membuat laporan polis berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa memfitnah Ketua Menteri Sabah berkaitan
00:09isu Pulau Sebatik.
00:10Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Azrul Ibrahim berkata hantaran tersebut mengaitkan dan menuduh kononnya Ketua Menteri Datuk Seri Haji
00:19J. Nur menjual sebahagian tanah Sabah kepada Indonesia.
00:22Tegas Azrul, dawaan itu satu manipulasi isu yang telahpun dinafikan pihak berkuasa termasuk Duta Besar Indonesia ke Malaysia.
00:32Jadi kami merasakan di Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat menjadi tanggungjawab kami sebagai ahli parti dan juga pimpinan Gagasan Rakyat untuk
00:44membuat laporan polis
00:46supaya dan membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan ke atas individu-individu berkenaan
00:53berkaitan dengan undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
01:01Dalam masa yang sama juga, Pergerakan Pemuda meminta dan menggesa Kerajaan Persekutuan khususnya Wisma Putera
01:10untuk memberikan penjelasan segera berkaitan dengan isu berkait Pulau Subatik ini
01:16supaya tidak ada ruang manipulasi yang boleh diwujudkan oleh mana-mana pihak.
01:24Sebab kami melihat perkara ini berlaku disebabkan oleh tidak ada penerangan berkaitan dengan isu ini
01:31dan kita membenarkan dan membiarkan pihak-pihak tidak berkenaan untuk mengulas isu berkaitan
01:38yang akhirnya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikannya.
01:43Azrul berkata demikian kepada media selepas membuat satu laporan polis di IPD Kota Kinabalu.
01:49Isu Pulau Subatik disifatkan sangat sensitif kerana melibatkan hubungan dua hala
01:54antara Malaysia dan Indonesia yang telah berlangsung sejak sekian lama.
01:58Orang ramai turut dinasihatkan agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan
02:02dan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak sahih
02:05yang boleh menjejaskan keharmonian antara kedua-dua negara.
Comments

Recommended