Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kira-kira 80 resort di Semporna belum memohon lesen pelancongan berisiko dikenakan tindakan penguatkuasaan, termasuk dirobohkan. Kerajaan Sabah menegaskan operasi akan diteruskan mengikut undang-undang tanah dan pihak berkuasa tempatan.
Transcript
00:00Kira-kira 80 resort di Semporna yang masih belum berdaftar dan memohon lesen pelancongan berdepan kemungkinan tindakan penguatkuasaan termasuk dirobohkan
00:10sekiranya didapati melanggar undang-undang sedia ada.
00:13Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr. Andi Syamsur Rizal Mohd Sainal berkata,
00:19tindakan tegas itu akan dilaksanakan selepas tempoh bertenang sebelum ini tamat berdasarkan keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan
00:30dan Alam Sekitar Sabah, Dr. Jeffrey Arifin.
00:34Dr. Andi Syamsur Rizal memaklumkan sebanyak 190 resort telah dikenalpasti di seluruh Semporna dengan 46 daripadanya telah memiliki lesen sah.
00:4462 lagi sedang dalam proses permohonan lesen, manakala baki lebih kurang 80 resort masih belum mengemukakan sebarang permohonan.
00:52Justeru katanya operasi penguatkuasaan akan diteruskan di Semporna bagi mengesan resort serta syarikat yang masih belum berdaftar di bawah peraturan
01:01pelancongan.
01:02Kesinambungan daripada task force Semporna, kita telah identifikan serabatnya 190 resort di seluruh Semporna dan 46 telah pun berlesen.
01:12Selebihnya iaitu 144 itu masih belum berlesen namun kita dapati terdapat lebih kurang 62 syarikat sedang dalam proses perlesenan.
01:27Jadi saya menyeru kepada baki 80 lebih yang masih belum apply lesen itu untuk maju dan tampil apply lesen pelancongan.
01:36Untuk tindakan undang-undang itu dia berdasarkan daripada kesalahan yang dilakukan.
01:42Contohnya jika berlaku kesalahan tanah maka kita akan ikut akta ataupun undang-undang tanah sama ada mereka dihalau ataupun dirobohkan
01:53ataupun jika ada kesalahan PBT pun benda yang samalah sama ada perlu dirobohkan, diberi kompon dan sebagainya.
02:05Beliau berkata demikian ketika ditebui selepas merasmikan Kem Stem Hijau 2026 Daerah Kunak di Tasik Impian Kunak pada Sabtu.
Comments

Recommended