00:00Rakyat Sabah diingatkan agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan beras di negeri itu stabil dan mencukupi.
00:08Jaminan itu diberi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sekaligus menafikan dakwaan kononnya terdapat pihak menyorok atau menyembunyikan stok hingga menimbulkan
00:18kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
00:20Timbalan Menterinya Dato' Chan Fung Hin berkata Kementerian memandang serius isu tular berkaitan dakwaan kekurangan stok beras di pasaran sekitar
00:29Sabah sejak awal April.
00:33Tegasnya keadaan kini kembali stabil dan rantaian pengendaran kembali beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
00:40Chan berkata beliau turut meninjau ke sebuah syarikat pemborong beras dan pasaraya di Kolombong bagi mendapat gambaran sebenar keadaan bekalan
00:48beras di peringkat gudang dan premis runcit sekitar kota Kinabalu selain diberi taklimat oleh pihak kawasa Liapadi dan Beras Sabah
00:56berhubung situasi berkaitan.
00:58Sementara itu Chan berkata Kerajaan Persekutuan terus menyalurkan subsidi RM350 bagi setiap tan metrik beras putih import BPI ke Sabah
01:08bertujuan memastikan harga runcit BPI purata tidak lebih RM31 bagi setiap 10 kilogram seterusnya menafikan dawaan berlaku kenaikan harga beras
01:18di pasaran.
01:19Beliau berkata beberapa langkah intervensi turut dilaksanakan secara bersepadu bagi memastikan kestabilan pasaran terus terpelihara antaranya penyaluran berterusan subsidi BPI
01:31bagi menstabilkan harga runcit selain pematauan rapi ke atas keseluruhan rantaian pengedaran.
01:37Chan berkata langkah intervensi itu turut merangkumi arahan kepada pemborong untuk mempercepat pengeluaran stok dari Stor Padi Peras Nasional Berhad
01:45Bernas bagi memastikan bekalan segera sampai ke pasaran.
01:49Orang ramai turut diseru agar mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi kerajaan serta tidak mudah terpengaruh dengan kabar angin tidak
01:58disahkan.
Comments